Friday, 30 December 2011

" Kenape tidak s!tI Je?"

Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah aku punyai seorang teman rapat.Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku.

Suatu hari dia mendatangiku dengan suasana suram menyelaputi seluruh raut wajahnya itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya begitu rupa. Seperti ada sesuatu yang terlalu berat ditanggung olehnya. Aku beriringan dengannya ke belakang sekolah,tempat kami selalu berbicara di waktu rehat sesi persekolahan.
Sekilas,aku memandang wajahnya, aku terlihat kilatan air jernih berkaca di matanya.''Kenapa?''Aku tertanya-tanya.Berbagai-bagai yang bermain difikiranku. Kenapa sahabatku ini menitiskan air mata. Setelah aku mendesak berulang kali, akhirnya dia mengakui dia tertekan dengan kehidupan ini. Dia menceritakan mengenai keluarganya yang berpecah belah akibat perpisahan antara ibu dan ayahnya, Ayahnya yang menghilangkan diri entah kemana. Ibunya yang menyalahkan dirinya atas segalanya yang terjadi. Dan keluarga yang tidak lagi menghargai dirinya.
Baginya semua orang boleh menghinanya tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan apabila ibunya sendiri tidak dapat menerima dirinya. Kenapa? Dia merintih dan dengan sendirinya aku terasa kepedihan itu.
"Kenapa tidak Siti mati je sebelum ibu lahirkan Siti??" Aku terkejut dengan sebaris ayat tiba-tiba keluar dari mulutnya.
''Kenapa tidak Siti mati sebelum besar untuk terpaksa mendengar penghinaan dari ibu sendiri??''
Aku tersedu,perlahan kusekat air mata yang hampir mengalir di mataku. Aku melihat dia,sahabatku yang kini tanpa segan silu meratapi nasibnya dihadapanku.
Kini dia merasakan ingin mati itu adalah lebih baik. Benar-benar ingin mati. Kalau dulu dia masih boleh bertahan,tapi kini dia tak dapat lagi menahan perasaan itu.
Dan aku mengucap panjang di hadapannya meminta agar dia bersabar hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku rasakan "Setiap sesuatu itu adalah dugaan kerana Tuhan tidak menguji sesuatu hamba setelah Dia tahu hamba pasti mampu menghadapinya".Aku dengan tekun menjadi pendengar setia, aku tak mampu untuk menasihati lebih daripada itu, bermain di fikiran ku.''Adakah dengan perkataan sabar akan melupakan niatnya untuk mati iaitu dengan cara membunuh diri?''.Sungguh aku tak tahu.
Segalanya aku berserah pada Allah yang lebih berkuasa. Saat dirinya meluahkan isi hatinya setelah penat berbicara, loceng pun kedengaran tanda tamatnya waktu rehat, dengan perasaan sebak di dadaku lantas aku hanya mampu berkata,"Tunggu aku esok,disini." Dan setelah itu tanpa sepatah kata aku melihat dia melangkah pergi.
Sungguh malam itu aku tidur tidak lena,aku pusing ke kanan,pusing ke kiri. Aku tak mampu untuk melenakan mata ku ini, sedang bermain di fikiran ku temanku sedang berduka cita menyiapkan diri untuk mati. Aku bangun,aku tak tahu apa aura yang mendorong aku, mencapai selembar kertas dan sebatang pen, lantas sebagai tajuknya, kutuliskan; "Kenapa Siti Maslina Tak Patut Mati."
Benar,aku tak tahu kenapa tanganku tidak dapat berhenti mencoret, menulis sebab-sebab kenapa Siti tidak patut mengharap untuk mati. Tanpa sedar sudah 70 alasan yang aku kemukakan padanya agar dia tekun membacanya.Pada 5 alasan terakhir yang aku berikan merupakan alasan yang paling aku ingat sehingga kini;
71. Kau berjanji padaku, kita akan sama-sama ke Universiti
72. Kau berjanji padaku, kau akan bawa aku ke pergunungan Alps dan kita akan bermain ski bersama-sama.
73. Kau berjanji padaku, kau akan sentiasa denganku saat tawa dan tangisku.
74. Kau harus berjanjikan terus taat pada Tuhanmu jika kau penat dengan dunia.
75.Kau berjanji padaku ,kau akan hidup kerana dirimu, bukan kerana orang lain.
Lantas setelah selesai menulis, aku melipat kertas itu dan memasukkanya ke dalam envelope.
Esoknya,dia menunaikan janji kami,menunggu ditempat kami selalu bertemu. Lantas,tanpa berbicara aku memberikan sampul surat itu padanya, dia mengambil tanpa melihat isinya dan terus berlalu tanpa berkata. Sungguh aku terluka saat itu. Terluka dengan perlakuannya,terluka kerana melihat matanya yang langsung tidak memandang ku.Tidak sama seperti dahulu. Sungguh Tuhan ,hatiku luluh bila melihat dirinya sebegitu.
Sejak hari itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mendapat khabar bahawa dia telah berpindah sekolah kerana mengikut bapa saudaranya ke bandar. Tidak sempat untuk aku melambai tangan tanda ucapan selamat tinggal, sungguh aku terkilan. Aku mendengar khabar yang dia ke utara untuk tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Namun,semua itu tak dapat disahkan. Dan aku,terus merinduinya sebagai seorang sahabat.
10 tahun berlalu,dan masing-masing sudah banyak berubah. Dan aku,sebagai seorangMotivator yang berjaya.Syukur Alhamdulillah, aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dan seminar-seminar di merata tempat. Hari itu, aku baru sahaja pulang dari sebuah sekolah yang menjemput aku untuk memberikan motivasi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Setibanya aku di pejabat, aku diberitahu oleh setiausahaku bahawa ada seseorang yang menungguku di dalam pejabat. Hatiku tertanya-tanya."Siapa yang ingin berjumpa dengan ku? Sungguh aku tak tahu."
Berdebar hatiku, kenapa? Aku membuka pintu pejabatku,dan melihat berdirinya seorang gadis tinggi lampai dihadapanku, manis berbaju kurung bunga,siapakah gadis ini? Seperti pernah kulihat raut wajahnya. Aku hanya berpura-pura biasa, memberikan salam lantas menjemput dia duduk. Dia duduk sambil tersenyum.
Dia berkata;
"Kau tak mengenali diriku Azman?" aku hanya mengerutkan dahi.
"Kau memang tak pernah berubah, sentiasa mengerutkan dahimu jika berfikir,"
"Benar saudari, saya tak mengenali saudari," setulus hati aku menjawab soalannya.
Dia tersenyum,dan senyuman bersama lesung pipit di pipinya itu mengingatkan aku pada dia,"Ini aku Siti Maslina, sahabat mu waktu sekolah dahulu,"

Ya Tuhan, sungguh,bertapa terkejutnya aku di saat itu bagai tidak percaya rasanya, betapa aku merindui dirinya, betapa aku bersyukur dia masih ada di dunia ini.
Lantas dia mengeluarkan sebuah sampul surat yang sudah nampak lusuh dan agak berusia. Dia mengeluarkan kertas itu dan terus membukanya. Dia membacakan setiap kata-kata yang tertulis di atas kertas itu di hadapan ku. Dan tanpa kusedari aku menitiskan air mata, aku benar-benar terharu,sungguh aku terharu.
"Azman, jika bukan kerana setulus hati mu menulis kerana Allah dalam setiap tulisan ini , pasti Siti takde lagi di dunia ni, mungkin Siti dah pergi dalam kekufuran. Terima kasih Azman kerana mengambil berat saat Siti tersesat. Maafkan Siti kerana pergi tergesa-gesa tanpa sempat diri ini mengucapkan selamat tinggal. Maafkan Siti,"

Aku hanya mengangguk dan entah mengapa mulut ku dengan sendiri berbicara, "Siti,sudikah Siti menjadi isteri Azman."Setulus hati Azman katakan Azman ingin menjadi bahu kepada Siti untuk berkongsi segala suka dan duka" Siti tak mampu berkata-kata, hanya mengangguk tanda setuju. Tak ku sangka, perpisahan yang lama membuahkan pertemuan yang seistimewa ini, lantas menghubungkan pertalian yang lebih erat bak sepasang merpati terbang sejoli, membelah angkasa raya membina hidup baru bersama setelah 10 tahun berpisah kerana niat cintanya hanya kerana Allah semata-mata.
Itulah ketulusan hati membuatkan kita sentiasa di hargai,diberkati Allah kerana dengan keiklasan jua membuatkan hati kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta!

No comments:

Post a Comment